JEDDAH – Sesi persekolahan yang bermula di Arab Saudi menyaksikan kaum wanita memandu menghantar anak-anak ke sekolah.
Sudah 10 minggu kaum wanita di negara itu dibenarkan memandu kereta.
Situasi ini berbeza dengan tahun-tahun akademik sebelum ini apabila kebanyakan keluarga Arab mengambil pemandu asing untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Tapi kali ini berbeza apabila anak-anak dihantar oleh ibu mereka sendiri.
Dijangkakan, tahun ini akan menyaksikan berakhirnya kemalangan membabitkan van yang membawa gugu-guru ke sekolah kerana kebanyakan mereka memandu sendiri ke tempat kerja.
Banyak kemalangan yang melibatkan kenderaan yang membawa guru wanita ke sekolah pada tahun-tahun lalu. – MalaysiaGazette