Cawangan Ikea di Hyderabad. foto Agensi

NEW DELHI – Ikea India didenda selepas seorang pelanggan menemui ulat dalam hidangan nasi beriyani di cawangannya di Hyderabad.

Pelanggan tersebut, Abeed Mohammad telah Tweet kejadian yang berlaku pada hari Jumaat dan dikongsikan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan.

Selepas siasatan dijalankan, Ikea didenda sebanyak AS$141.

“Terdapat cacing dalam (salah satu) barang-barang makanan,” menurut pegawai penguatkuasa.

Firma Sweden yang baharu membuka cawangan pertama pada awal Ogos lalu telah meminta maaf atas kejadian itu. – MalaysiaGazette