KUALA LUMPUR – Baru mengalami keguguran bulan lalu, pelakon Syatilla Melvin berkongsi khabar gembira apabila dia hamil lagi.
Menerusi Instagramnya, Syatilla, 27, memberitahu berita gembira itu adalah hadiah buat suami yang juga pelakon terkenal, Shaheizy Sam sempena ulang tahun ke-36 hari ini.
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin turut meletakkan #sumpahtakkomplotdengankakipaq (sumpah tak komplot dengan kakak ipar).
Ia merujuk kepada kakak iparnya iaitu Datin Zizie Ezzete yang turut hamil anak kedua.
Syatilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 pernah keguguran sebelum dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia 16 bulan.
Syatilla kemudian hamil anak kedua namun mengalami keguguran ketika berusia enam minggu iaitu selepas pulang dari bercuti. – MalaysiaGazette