Jais Abdul Karim SPRM kad pengenalan MCW peguam negara kebocoran data peribadi
Jais Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan agar Jabatan Peguam Negara (AGC) diletakkan di bawah kuasa Parlimen untuk memastikan sistem kehakiman negara terhindar daripada sebarang salah guna kuasa.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata selagi AGC diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), tuduhan dan persepsi AGC gagal berlaku adil atau diarahkan berbuat sesuatu pasti akan berterusan.

Beliau berkata selain itu, pelantikan Peguam Negara yang dipilih sendiri oleh parti pemerintah membuka ruang untuk kritikan yang lebih besar.

“Pada Julai 2018 yang lepas, sembilan agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Audit Negara diletakkan di bawah kuasa Parlimen kerana rombakan besar-besaran di JPM, sepatutnya AGC juga termasuk di dalam senarai rombakan itu.

“Sepatutnya Peguam Negara mestilah dipilih oleh Ahli-ahli Parlimen melalui satu proses khas dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Georgetown membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.-BERNAMA