LONDON – Penyerang Lionel Messi terus berdepan waktu suram apabila buat pertama kali gagal disenarai pendek bagi anugerah pemain terbaik FIFA sejak 2006.
The Sun melaporkan, tiga pemain yang dipilih untuk senarai akhir adalah Mohamed Salah, Cristiano Ronaldo dan Luka Modric.
Musim lalu, Messi masih berbisa selepas menjaringkan 45 gol bersama Barcelona dan memenangi Liga Sepanyol.
Salah pula mengungguli senarai akhir selepas membantu membawa Liverpool ke final Liga Juara-Juara dan menjaringkan 32 gol dalam Liga Perdana Inggeris.
Modrid yang menjadi pilihan ramai membantu Real Madird memenangi Liga Juara-Juara sebelum membawa Croatia ke final Piala Dunia di Rusia.
Ronaldo dan Messi merupakan pemenang anugerah itu sejak 2008, dengan masing-masing memperoleh lima kemenangan.
Majlis anugerah bakal berlangsung di London pada 24 September ini. – MalaysiaGazette