Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

SEREMBAN – Seorang pegawai khas berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilantik di setiap negeri untuk memberi penjelasan mengenai cukai berkenaan kepada semua pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menurutnya, pegawai tersebut akan dipilih selain daripada pengarah dan beliau mestilah pakar dalam sistem percukaian ini.

“Kita tak nak lantik ramai sebab nanti akan ada tiga atau empat jawapan yang berbeza dan ini akan mengelirukan orang ramai,” katanya semasa berucap di hadapan lebih 500 hadirin pada Taklimat SST bersama Menteri Kewangan di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Selain itu, Guan Eng berkata, pegawai khas yang dilantik itu perlu menjawab segala aduan yang dikemukakan.- BERNAMA