KUALA LUMPUR – Kawasan parlimen ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan bulan ini.
Tiga kawasan disenarai pendek, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution seperti dipetik Bernama hari ini.
Bagaimanapun ketiga-tiga kawasan itu tidak dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu.
Bagaimanapun ramai menyatakan antara kawasan parlimen itu mungkin Batu, Bandar Tun Razak dan Pandan.
Bagi kawasan tradisi Anwar, penyandangnya sekarang, Nurul Izzah pernah memaklumkan tidak akan ‘menyerahkan’ kerusinya kepada bapanya.
Ramai melihat Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran memandangkan beliau masih muda dan baru sahaja menyertai PKR atau kerusi Parlimen Pandan milik isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun, ada kemungkinan Wan Azizah juga tidak berbuat demikian memandangkan beliau kini Timbalan Perdana Menteri dan sudah ‘melepaskan’ jawatan presiden parti kepada suaminya itu.
Sebelum itu, Anwar yang sudah terpilih menjadi Presiden PKR pernah menyatakan akan kembali beraksi di Ahli Parlimen dalam masa terdekat atau lebih tepat pada Oktober ini.- MalaysiaGazette