PUTRAJAYA – Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan diperintahkan supaya disebat dua kali oleh Mahkamah Jenayah Seksual terhadap Kanak-kanak kerana melakukan hubungan seksual dengan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan seorang bayi perempuan berumur 11 bulan.

Hakim Mohamad Kamil Nizam memerintahkan Hashim Karim supaya menjalani hukuman penjara sejak tarikh dia ditahan pada 22 Ogos tahun ini selepas bekas pemandu lori berusia 68 tahun itu mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Shah Alam pada 4 petang, 20 Ogos tahun ini.

Dalam rayuannya, Hashim memohon supaya hukuman diringankan atas alasan dia perlu menjaga anak yang masih bersekolah.

Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin meminta mahkamah menjatuhi hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukannya itu melibatkan seorang bayi.

Beliau berkata mangsa bagaikan seorang cucu kepada tertuduh dan dia seharusnya menjaga bayi itu dengan baik, bukannya mendatangkan kecederaan kepadanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast