TERKINI : Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Masih Diperlukan – Tan Cheng Kiat

Kehadiran Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) semasa tempoh kritikal 100 hari selepas penubuhan kerajaan baharu telah membawa kestabilan terhadap ekonomi dan keamanan Malaysia.

Lantaran itu pemain-pemain industri berpendapat peranan lima tokoh ternama negara daripada pelbagai bidang itu hanya boleh ditamatkan apabila barisan Kabinet yang tidak mempunyai pengalaman dalam memimpin kementerian benar-benar mampu menjalankan tanggungjawab mereka sendirian.