BALAKONG – Calon MCA Tan Chee Teong selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batu 11, Cheras pukul 9.10 pagi tadi selepas pusat itu dibuka pukul 8 pagi tadi.
Chee Teong yang hadir bersama ibu bapa dan isterinya telah mengundi di saluran enam.
Manakala Isterinya Connie Chin,38 pula selesai mengundi di saluran tujuh diikuti ibu bapanya Tan Kim Huat di saluran dua dan Lee Saw Wan di saluran tiga.
Chee Teong berkata, beliau teruja melihat namanya sebagai calon di atas kertas undi hari ini.
“Saya bersemangat apabila pertama kali melihat nama saya di atas kertas undi calon.
“Selepas enam jam lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumum keputusan.
“Menang atau kalah harap Balakongku dan Negeri Selangorku menjadi gemilang,” katanya secara ringkas.
Sejak dibuka pukul 8 pagi tadi orang ramai keluar awal undi mengundi di sekolah tersebut.
Setakat 9 pagi tadi 9 peratus pengundi telah keluar mengundi di Balakong menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.
Seramai 3,954 pengundi berdaftar layak mengundi dijangka menunaikan tanggungjawab di pusat tersebut.
Secara keseluruhannya 62,219 pengundi berdaftar layak mengundi di DUN Balakong kali ini. – MalaysiaGazette