Calon MCA N.27 Balakong, Tan Chee Teong bersalaman dengan Calon Pakatan Harapan N.27 Balakong, Wong Siew Ki pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 DUN Balakong di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batu 11 , Cheras, Selangor. foto IQBAL BASRI, 08 SEPTEMBER 2018

BALAKONG – Wong Siew Ki meluahkan rasa sedih kerana walaupun menjadi calon tetapi tidak dapat berpeluang melihat nama dan logo baharu Pakatan Harapan di atas Kertas undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu bermula pagi tadi.

Siew Ki dianggap bertuah kerana calon DAP pertama bertanding atas logo Harapan diperkenalkan julung kali pada PRK kali ini.

“Satu je saya agak sedikit sedih kerana walupun jadi calon bertanding di sini (Balakong) tapi tak berpeluang untuk melihat nama saya dan logo Harapan di atas kertas undi.

“Harap harap lepas ini saya dapat curi curi lihat nama dan logo Harapan dalam kertas undi itu ,” katanya secara berseloroh di Pusat Daerah Mengundi PDM Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batu 11 Cheras di sini.

Terdahulu Siew Ki melawat ke sekolah itu sekitar pukul 9.38 pagi tadi untuk memantau perjalanan proses mengundi.

“Saya tadi sedang dapatkan laporan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan proses mengundi berjalan lancar.

“Setakat ini semua ok tapi peti undi kelihatan tak banyak kertas undi disebabkan masih awal lagi.

“Cuma saya nasihat pengundi jangan tunggu sehingga saat akhir untuk keluar undi.

“Memandangkan cuaca hujan menjelamg tengahari sejak dua tiga hari ini maka kalau boleh keluar ramai ramai lebih awal dan undi.,”katanya lagi.

Siew Ki sekali lagi mengulangi bahawa peratusan keluar mengundi hari ini yabg hanya menentukan majoriti perolehan undi serta menang kalah mana mana calon. -MalaysiaGazette