Adelio Bispo de Oliveira. foto Agensi

BRASILIA – Seorang lelaki yang menikam calon Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dalam perhimpunan jalanan yang penuh sesak berkata, dia bertindak demikian atas arahan ‘tuhan’.

Adelio Bispo de Oliveira, 40, ditahan pada hari Khamis selepas saksi mengatakan dia melakukan serangan ke atas Bolsonaro di selatan Minas Gerais.

Momen itu dirakam melalui rakaman video yang menyaksikan Bolsonaro mengerang ketika pisau itu menusuk perutnya.

De Oliveira mengaku melakukannya dan mendakwa dia bertindak bersendirian, menurut peguam suspek.

“Suspek memberitahu dia bertindak kerana alasan politik dan agama, prasangka terhadap Bolsonaro,” kata Pedro Possa dalam mesej telefon.

Seorang anak saudara suspek memaklumkan, De Oliveira mula bercakap sendirian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, peguam tertuduh enggan mengulas tahap kesihatan mental De Oliveira.

De Oliveira tidak bergabung dengan mana-mana kumpulan politik walaupun beliau adalah ahli Parti Sosial dan Kebebasan antara 2007 dan 2014, menurut laporan media.

Polis persekutuan tidak mengeluarkan maklumat mengenai lelaki yang ditangkap pada pagi Jumaat itu.

Bolsonaro kini berada dalam “keadaan yang baik, rawatan berterusan di ICU,” kata doktor di hospital Albert Einstein di Sao Paulo hari ini.

Calon Presiden Brazil itu telah menjalani pembedahan selama dua jam untuk merawat luka pada ususnya akibat pendarahan dalaman.

“Saya baik dan pulih!” Bolsonaro berkata pada halaman Twitternya pada petang Jumaat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast