Donald Trump
Donald Trump

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menimbulkan kejutan apabila mengancam akan menghentikan dana bantuan sebanyak AS$25 juta (RM103.8 juta) kepada enam hospital di Baitulmaqdis, Palestin dalam masa terdekat.

Agensi melaporkan, Peguam Negara melalui satu kenyataan menyebut, Presiden AS, Donald Trump mahu mengkaji semula bantuan kewangan yang sedang diberikan oleh kerajaan itu bagi memastikan dana pembayar cukai digunakan dengan betul dan tepat.

“Keputusan ini diambil susulan satu arahan Presiden Trump bagi meneliti bantuan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) selain di Tebing Barat dan Gaza bagi memastikan dana ini dibelanjakan bagi kepentingan negara kita.

“Daripada kajian yang telah dilakukan setakat ini, kita telah mengalihkan nilai kira-kira 25juta yang sepatutnya digunakan untuk Rangkaian Hospital Timur Baitulmaqdis.

“Kita akan gunakan dana ini untuk kepentingan lain yang lebih memerlukan kerana akhirnya wang ini melibatkan pembayar cukai negara ini,” katanya.

Enam hospital itu yang merupakan antara lokasi penting penduduk Palestin mendapatkan bantuan telah mendapat reaksi negatif rata-rata pemimpin negara itu berikutan penghentian ini.

Menurut jurucakap Abbas, Ahmad Shami, tindakan AS sebenarnya tidak berperikemanusian dan bermoral dengan disifatkan senagaja menghukum penduduk Palestin untuk kepentingan tersendiri.

“Ini salah,  bukan satu formula pembangunan perdamaian, ini jelas tindakan tidak berperikemanusiaan dan tidak bermoral yang mengguna pakai kisah Israel untuk menyasar dan menghukum rakyat Palestin supaya berkompromi hak mereka terhadap kebebasan,” katanya.

Salah seorang anggota jawatan kuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi berkata, tindakan ugutan politik itu bertentangan dengan norma kesopanan serta moral kemanusian.

Enam hospital terbabit adalah antara yang penting kerana menjadi lokasi utama menggunakan memperoleh rawatan khusus seperti pembedahan jantung, penjagaan intensif atau dialisis kanak-kanak, tidak boleh diperoleh di Tebing Barat dan Gaza.

Sebelum ini, pentadbiran Trump tahun ini memutuskan dana kepada agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) dan memotong sekitar AS$200 juta (RM830.38 juta) untuk penduduk Palestin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast