Lapangan terbang Basra diserang tiga roket setelah tercetus tunjuk perasaan rakyat terhadap politik rasuah kerajaan Iraq semalam.Foto: AP

BASRA – Lapangan Terbang Basra di Iraq telah diserang roket semalam selepas protes tercetus menentang kepimpinan politik  rasuah kepimpinan negara bergolak itu.

Petunjuk perasaan terlibat dalam tindakan membakar konsulat Iran selain menjadikan beberapa pekerja carigali minyak sebagai tebusan.

Bandaraya kedua Iraq itu digegarkan dengan demonstrasi dan protes besar besaran selama lima hari berturut turut.

Para petunjuk perasaan telah menggeledah bangunan kerajaan disebabkan terlalu marah dengan kejadian rasuah politik.

Protes pertama meletus pada Julai lalu terhadap pentadbiran kerajaan yang lemah dan dopergiatkan minggu ini.

Penganjur tunjuk perasaan itu berkata mereka telah menghentikan protes pada Sabtu dan masih dihadiri oleh pasukan keselamatan yang besar dan lebih 2 juta orang awam berjaga malam untuk meneruskan semula protes jam 4 pagi.

Sumber keselamatan berkata tiga roket jenis Katyusha telah dilancarkan oleh individu tidak dikenali telah menyerang perimeter lapangan terbang walaupun sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa atau harta dilaporkan.

Pegawai tertinggi Lapangan Terbang Basra berkata lapangan terbang beroperasi seperti biasa tanpa terjejas dengan serangan yang sama.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast