Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata hasil pemeriksaan, pemandu berkenaan didapati positif dadah jenis metamfetamin.
Datuk Seri Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video seorang lelaki melakukan rakaman menggunakan telefon bimbit dari arah bawah skirt seorang wanita.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kes itu berkata, ini kerana kes tersebut masih dalam siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akjta 336),” katanya dalam kenyataan.

Semalam, seorang pekerja kedai cermin mata membuat laporan polis terhadap pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman selepas tular video yang didakwa seorang lelaki merakam video di bawah skirt seorang staf wanita di premis sebuah kedai cermin mata..

Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tersembunyi (CCTV) di kedai yang terletak di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Azis yang melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pegawainya itu  berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut yang kini sudah menjadi kes siasatan polis dan tindakan memecat pegawai berkenaan telah diambil serta merta.

Mazlan berkata, sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat boleh mkenghubungi ASP Azizal Khairul Abd. Kadir (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 019-2769117 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482233. – MalaysiaGazette