logo 1MDB
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Singapura telah meluluskan perintah pelupusan berkaitan wang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan/atau SRC International (SRCI) yang diperoleh secara tidak sah.

Peguambela untuk Kerajaan Malaysia, Tan Rajah & Cheah berkata, wang berjumlah S$15.3 juta (RM46 juta) itu dalah dalam bentuk pelbagai matawang.

“Wang ini sedang dipindahkan ke akaun khas pemulihan 1MDB di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, usaha untuk mendapatkan aset yang diperoleh secara tidak sah lain juga sedang dilakukan. – MalaysiaGazette.