KUALA LUMPUR – Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018M, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata, hadiah wang sejumlah RM100,000 diperolehi sebagai tokoh Maal Hjrah akan digunakan untuk mencari redha Allah.

Presiden Kolej Dar al-Hikmah itu berkata, anugerah Tokoh Maal Hijrah yang diraih beliau akan dijadikan pembakar semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam.

“Selagi hayat dikandung badan, saya akan berbuat apa yang boleh, tidak hanya menegakkan syiar, tetapi juga ajaran Islam bersama prinsip dan nilai dasarnya,” katanya kepada media selepas diangkat pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.

Dr Siddiq membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pingat serta sijil penghargaan, selain RM20,000 sumbangan Yayasan Ubaidi.

Anugerah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – MalaysiaGazette