Daniel Küblböck .foto Youtube

OTTAWA – Gerakan mencari penyanyi pop Jerman yang hilang dari kapal persiaran telah ditarik balik.

Daniel Kublbock, 33, jatuh daripada kapal berkenaan pada pagi Ahad lalu ketika kapal tersebut berlayar di perairan Atlantik menuju ke St John’s, Newfoundland.

Pengendali kapal berkenaan berkata, sebelum ini pelayaran AidaLuna (kapal) telah dihentikan dan kembali ke tempat insiden berlaku susulan pencarian di atas kabin.

Kes itu kini dikendalikan oleh polis sebagai kehilangan individu.

Angkatan Bersenjata Kanada dalam satu kenyataan berkata, ia adalah “keputusan yang sukar” untuk menamatkan pencarian pada pagi Isnin memandangkan kebarangkalian untuk menemui mangsa masih hidup adalah sukar disebabkan suhu air.

Kapal pengawal pantai dan pesawat tentera telah bersama-sama membantu mencari Kublbock.

Pencarian itu difokuskan pada kawasan sekitar 200 km (125 batu) utara St. John’s.

Kapal pesiaran itu berada dalam perjalanan 16 hari dari Hamburg, Jerman pada 29 Ogos. Ia dijadualkan tiba di New York pada 14 September.

Kublbock terkenal sebagai peserta dalam rancangan pencarian bakat Germany Seeks the Superstar pada tahun 2003.

Beliau telah muncul dalam beberapa rancangan televisyen realiti, termasuk Let’s Dance pada tahun 2015. – MalaysiaGazette