Mohamad Ariff Md Yusoff
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof menasihatkan para wakil rakyat supaya meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan selain berbahas secara beradab.

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen P.132 Port Dickson diisytiharkan kosong oleh Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini.

Yang diPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff telah mengisytiharkan kekosongan itu menerusi satu kenyataan rasmi pada petang hari ini.

Beliau mengesahkan telah menerima surat perletakan jawatan oleh wakil rakyat kawasan tersebut dan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan itu.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perkara 54 Perlembagaan persekutuan, saya selaku Yang Di Pertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan rasmi bertarikh 12 september 2018 kepada Timbalan Pengerusi SPR mengenai kekosongan kerusi Parlimen Port Dickson.

“Adalah dimaklumkan bahawa Laksamana Muda Dato Pahlawan Danyal Balagopak Abdullah (B) Ahli Parlimen bagi kawasan P.132 Port Dickson telah mengemukakan surat perletakan jawatan Rabu hari ini,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

“Oleh demikian selaras dengan Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi Ahli Parlimen Port Dickson dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan SPR bahawa ada kekosongan,” tegasnya.