TERKINI : “Kita Dah Siasat Semua dan Sudah Hantar Kepada SPRM!” – Tun Daim

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dijadual akan bertemu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Pertemuan itu adalah berkaitan transaksi tanah meragukan di ibu negara yang berlaku ketika pentadbiran kerajaan lalu.

Daim berkata demikian mengulas soalan seorang peserta yang bertanya mengenai transaksi tanah meragukan di ibu negara yang dikatakan berkait rapat dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, sebelum ini membuat laporan bagi menggesa SPRM menyiasat penjualan 64 lot tanah yang dibuat DBKL antara 2014 hingga 2018.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast