SINGAPURA – Harga minyak mentah dunia susut hari ini meskipun West Texas Intermediate (WTI) masih melepasi AS$70 setong disebabkan penurunan inventori dan Brent menghampiri AS$80 setong.
Niaga hadapan Brent turun sebanyak AS$0.11 kepada AS$79.63 setong
Manakala Brent naik melebihi AS$80 setong buat kali pertama sejak Mei pada sesi sebelumnya, ekoran jangkaan sekatan eksport ke atas minyak Iran mulai November ini akan mengetatkan pasaran dunia.
Inventori minyak mentah WTI jatuh 5.3 juta tong pada minggu berakhir 7 September lalu kepada 392.2 juta tong, paras terendah sejak Februari 2015 dan kira-kira tiga peratus di bawah purata lima tahun pada tahun ini, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat.
Pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat susut sebanyak 100,000 tong sehari kepada 10.9 juta tong.
Ketua Dagangan Oanda di Singapura, Stephen Innes berkata, data inventori minyak mentah minggu lalu menunjukkan penurunan lebih tinggi daripada jangkaan.
Innes berkata, sedikit penurunan pada hari Khamis berikutan peningkatan inventori produk penapisan yang semakin baik. – MalaysiaGazette