John Cooper dan Susan Cooper. foto Agensi

KAHERAH – Kematian pasangan British di sebuah resort di Mesir berpunca daripada virus E-coli.

John Cooper, 69 dan isterinya, Susan, 63, dari Burney meninggal dunia di bandar Laut Merah, dekat Hurghada pada 21 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan, Pendakwa Raya Mesir berkata, pemeriksaan bedah siasat menunjukkan bakteria E-colo sebagai punca kematian pasangan berkenaan, namun ia tidak dapat diterima ole anak perempuan pasangan itu.

“Ia tidak masuk akal,” kata Kelly Ormerod yang turut bersama bapa dan ibunya di Steigenberger Aqua Magic Hotel.

Katanya, bedah siasat lanjut akan dilakukan di United Kingdom dengan arahan pejabat Kementerian Dalam Negeri.

Pendakwa Raya Mesir berkata, ujian mendapati Cooper mengalami akut usus disebabkan E-coli
dan isterinya mengalami komplikasi yang berkaitan dengan jangkitan, yang mungkin disebabkan oleh E. coli.

Sampel air yang diambil dari hotel menunjukkan ia bebas daripada bakteria yang bahaya dan mayat-mayat mangsa tidak menunjukkan berlaku penganiayaan. – MalaysiaGazette