TERKINI : Spekulasi CEO FGV Letak Jawatan Tidak Benar?

Datuk Zakaria Arshad menafikan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Bhd sambil menyifatkan ia hanya spekulasi liar.

Zakaria bagaimanapun menjelaskan, beliau hanya diminta mengosongkan kerusi ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan itu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan FGV yang dipinda baru-baru ini.

“Oleh kerana dalam mesyuarat agung telah tetapkan supaya CEO tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah, jadi pihak Kementerian Kewangan (MOF) menulis surat kepada FGV mengatakan bahawa CEO tidak lagi dicalonkan oleh MOF.

“Pihak FGV mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia mengatakan saya tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah FGV. Itu cerita sebenarnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast