Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 440,743 orang pelajar akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 pada 20, 24, 25, 26 dan 27 September ini.

Kementerian Pendidikan berkata, seramai 430,031 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala baki 10,712 adalah calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,100 pusat peperiksaan akan dibuka pada tahun ini di seluruh negara membabitkan 54,253 orang petugas.

Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon merujuk jadual waktu peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan itu berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman wb Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my.

Calon juga diingatkan agar membawa MyKad masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast