Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bilangan tenaga buruh naik 2.6 peratus pada bulan Julai tahun ini kepada 15.40 juta berbanding 15.02 juta tempoh yang sama tahun lalu.

Kadar penyertaan tenaga buruh yang direkodkan pada bulan tersebut adalah 68.6 peratus dan pengangguran 3.4 peratus, kekal seperti bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Statistik, sebanyak 31.4 peratus atau 7.04 juta daripada penduduk umur bekerja (15-64 tahun) berada di luar tenaga buruh iaitu suri rumah, pelajar, pesara dan mereka yang tidak minat bekerja pada Jun 2018. – MalaysiaGazette