Penggunaan istilah 'tehgehter' dalam iklan ini menerima teguran Tan Sri Rais Yatim
Penggunaan istilah 'tehgehter' dalam iklan ini menerima teguran Tan Sri Rais Yatim.

KUALA LUMPUR – Bekas penasihat sosio budaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim menegurĀ  penggunaan istilah-istilah baharu yang disifatkan oleh beliau boleh membuat pencinta bahasa menangis.

Beliau merujuk kepada sebuah iklan di akhbar hari ini yang menggunakan istilah ‘tehgether’.

“Iklan akhbar hari ini. Nangis..nangis lagilah pencinta bahasa…dah dibuat pulak istilah “tehgether” dlm iklan ini susulan “ngeteh” dan “ngopi,” katanya di laman Twitter.

Menurut Rais, hakikat bahawa bahasa itu tidak statik memang diterima kerana ia berubah mengikut zaman.

Bagaimanapun, katanya, perubahan itu mestilah kepada yang lebih elok.

“Tolong jgn sekerat belut sekerat ular,” katanya. – MalaysiaGazette