Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) kini berasa resah dan kelam kabut apabila kerjasama Pas dan UMNO akan merugikan gabungan itu.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan berkata, komponen PH menyerang dan memfitnah kononnya Pas telah lari daripada dasar perjuangan asal apabila bekerjasama dengan UMNO.

“Persoalannya, Pas yang bekerjasama dengan UMNO, kenapa mereka pula yang resah dan kelam kabut.

“Bukankah mereka mahu mengalahkan Pas dan menawan Kelantan serta Terengganu, jika kerjasama Pas dan UMNO ini merugikan Pas sepatutnya mereka menyokong usaha kerjasama ini.

“Mereka dilanda resah, justeru kerjasama ini merugikan mereka bukan merugikan Pas, PH hari ini sedang bergolak dan hubungan parti-parti komponen mereka tidak stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meramalkan gabungan baharu pakatan pembangkang yang turut disertai UMNO akan mengubah senario politik negara.- MalaysiaGazette