Taufan Mangkhut membawa angin kencang dan hujan lebat diKepulauan Luzon. foto Youtube

MANILA – Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam taufan Mangkhut yang melanda Filipina.

Bencana alam itu menyebabkan jalan-jalan raya terpaksa ditutup dan komunikasi terjejas.

Setakat ini, kesana terhadap taufan itu di kawasan luar bandar belum diketahui.

Filipina khuatir kawasan pertanian di Cagayan terjejas teruk.

Taufan Mangkhut yang membawa angin sejauh 900 kilometer itu menyebabkan hujan lebat dan angin kuat dan kini menuju ke arah selatan China.

Ia melanda Baggao, di tenggara Filipina di Kepulauan Luzon pada 1.40 waktu tempatan, semalam dan beransur perlahan selepas 20 jam.

Taufan itu dikategorikan paling kuat pada tahun ini.

Bencana itu memberi kesan kepada lima juta penduduk dan lebih daripada 100,000 penduduk terpaksa diberi tempat perlindungan sementara.

Kerajaan Filipina berkata, pihaknya menerima aduan banyak kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang akibat taufan berkenaan. – MalaysiaGazette