HANOI – The Humane Society International menyambut baik langkah Hanoi untuk mempertimbangkan mengharamkan daging anjing dimakan di kawasan tertentu.
Badan kebajikan haiwan itu berkata, sudah tiba masanya rakyat negara itu menghentikan penyembelihan dan menjual anjing sebagai satu profesion dan memahami bahaya menjual daging haiwan itu.
Semalam, Jawatankuasa Penduduk Hanoi dalam satu kenyataan berkata, amalan makan dan berniaga daging anjing dan kucing adalah satu perbuatan kejam dan memberi kesan buruk ke atas pelancong.
Malah, katanya, ia juga menunjukkan kemungkinan penyakit yang boleh menjejaskan individu yang makan daging yang dijangkiti.
Kerajaan Hanoi berharap amalan itu dapat dihentikan dalam usaha untuk menjadikan bandar itu sebagai bandar moden dan bertamadun.
Bagaimanapun, masih ada daging anjing yang dijual di Tam Trinh Street di Hai Ba Trung, meskipun kenyataan itu telah dikeluarkan.
Merangkul reputasi sebuah “bandar yang bertamadun dan moden”, pihak berkuasa Hanoi berharap amalan itu akan berhenti.
Tetapi gerai menjual daging mentah mentah di Tam Trinh Street di Daerah Hai Ba Trung masih sibuk walaupun kenyataan itu.
Namun, Tham Thi Hong Phuong, Pengarah Negara Humane Society International, percaya bahawa mereka yang hidup dengan menangkap, menyembelih, mengangkut dan menjual daging anjing harus lebih memahami akibat-akibat yang berkaitan dengan perdagangan tersebut.
Beliau berkata: “Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 2016 menunjukkan penduduk di Utara makan lebih banyak anjing berbanding penduduk di selatan sehingga wujud perdagangan pengangkutan untuk membawa anjing dari selatan ke utara.
“Kira-kira 20,000 anjing diangkut setiap bulan dari selatan ke utara.
“Oleh itu, wujud penyebaran rabies (penyakit anjing gila)”.
Beliau menganggarkan kira-kira 1 peratus daripada anjing dari negara itu dijangkiti wabak rabies.
Lantaran itu, pertubuhan tersebut mahu membantu dengan pendidikan dan menyediakan rumah perlindungan bagi anjing-anjing berbanding menjadikan haiwan itu sebagai hidangan.
Generasi muda Hanoi tidak tertarik dengan tradisi makanan itu sebaliknya menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan. – MalaysiaGazette
anjing pun tak makan daging anjing . tapi manusia lebih teruk dari anjing .