Amerika Syarikat mengenakan tarif baharu ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion mulai 24 September lalu. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat mengenakan tarif baru terhadap China bagi barangan bernilai AS$200 bilion.

Pelaksanaan cukai itu meningkatkan perang perdagangan antara dua kuasa besar ekonomi dunia.

Cukai import yang lebih tinggi akan dikenakan kepada hampir 6,000 barangan, sekaligus pusingan terbesar tarif dilaksanakan oleh Amerika Syarikat setakat ini.

Beg tangan, beras dan tekstil berada dalam senarai tarif baharu. Tetapi beberapa barangan yang disasarkan untuk tarif itu seperti jam tangan pintar dan kerusi tinggi telah dikecualikan.

China sebelum ini berikrar akan mengenakan tindakan sama ke atas Amerika Syarikat.

Pelaksanaan tarif itu akan dikuatkuasakan mulai 24 September ini, bermula dengan 10 peratus dan dinaikkan kepada 25 peratus pada tahun depan, kecuali kedua-dua negara bersetuju untuk berbincang semula.

Presiden Donald Trump berkata, tarif pusingan terkini adalah sebagai tindak balas kepada “amalan perdagangan tidak adil China, termasuk subsidi dan peraturan yang menghendaki syarikat asing dalam beberapa sektor membawa rakan kongsi tempatan.

“Kami sangat jelas mengenai jenis perubahan yang perlu dibuat dan kami telah memberi setiap peluang kepada China berdagang dengan lebih adil.

“Tetapi, setakat ini, China tidak mahu mengubah amalannya,” katanya.

Trump juga memberi amaran jika China bertindak balas maka Amerika Syarikat akan “segera melaksanakan tarif fasa tiga” yang bermaksud mengenakan tarif lebih lanjut dengan cukai pada produk bernilai AS$267 bilion.

Sekiranya Amerika Syarikat meneruskan tarif berjumlah AS$ 267 bilion lagi, ia bermakna hampir semua eksport Amerika Syarikat akan tertakluk kepada duti baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast