Kontena yang mengandungi mayat diletakkan di kawasan perumahan di Jalisco. foto Reuters

MEXICO – Penduduk di barat Jalisco marah apabila pihak berkuasa menempatkan sebuah kontena sejuk yang mengandungi sekurang-kurang 100 mayat di kawasan perumahan mereka dan menimbulkan bau busuk.

Pihak berkuasa berkata, mereka sedang cuba membawa kontena yang disewa itu ke tempat lain selepas kawasan kubur di bandar Guadalajara penuh.

“Di sini ada ramai kanak-kanak, bau tersebut boleh menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan,” kata seorang penduduk, José Luis Tovar.

Undang-undang di Mexico menghalang pembakaran mayat yang dikaitkan dengan keganasan.

Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka sedang mencari penyelesaian jangka panjang untuk menyimpan mayat-mayat tersebut selepas berlaku keganasan baru-baru ini.

“Tanah untuk mengebumikan mayat-mayat telah penuh,” kata Ketua Unit Siasatan Forensik Jalisco, Luis Octavio Cotero.

Sebelum ini, kontena berkenaan diletakkan di kawasan gudang di Duraznera, di luar bandar Guadalajara tetapi selepas dua minggu penduduk mula membuat aduan kerana kontena itu diharungi lalat.

Ia kemudian dipindahkan di kawasan lapang di Tlajomulco de Zuniga tetapi penduduk mula protes.

Mexico diancam pembunuhan kejam sejak beberapa tahun ini dan lebih daripada 200,000 penduduk telah dibunuh atau hilang sejak Disember 2006 apabila kerajaan mengisytiharkan perang ke atas jenayah terancang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast