Datuk Seri Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO.

Menerusi kenyataan, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI) itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas beliau melihat usaha-usaha bagi memulihkan kepercayaan dan imej parti yang disertainya sejak 40 tahun itu semakin sukar.

“Semenjak PRU14 melabuhkan tirai, seperti orang lain juga, saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang landskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

“Berdasarkan kepada beberapa perekmebangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

“Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini,” katanya.

Mustapa berpendapat, UMNO selaku peneraju BN tidak boleh bergantung kepada sokongan orang Mdelayu dan Bumiputera semata-mata sekiranya mahu terus relevan dalam dinamika politik nasional hari ini.

Katanya, UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah dengan memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam tanpa mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

Bagaimanapun ujarnya, hala tuju yang diambil oleh UMNO ketika ini tidak selari
dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini dan tidak ada banyak usaha menyakinkan bahawa proses rejuvensi parti telah bermula.

“Maka atas dasar ini, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO srtelah lebuih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini.

“Saya mendoakan agara negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa.

“Semoga lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif di samping meletakkan tadbir urus serta integriti sebagai keutamaan,” Ujarnya. – MalaysiaGazette