Bekas Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar UMNO.
Anifah Aman

KUALA LUMPUR – Selepas Datuk Seri Mustapa Mohamed, kini Datuk Seri Anifah Aman pula mengumumkan peletakan jawatan dalam UMNO serta merta.

Bekas Menteri Luar dan Ahli Parlimen Kimanis itu juga dikatakan meletak jawatan sebagai ketua bahagian.

Punca peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan janji Anifah semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 yang beliau akan meletakkan jawatan jika gagal menunaikan janji untuk mengembalikan hak rakyat Sabah seperti mana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini. – MalaysiaGazette