Hishammuddin Hussein
Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan media kononnya beliau merupakan antara Anggota Parlimen daripada UMNO yang akan meninggalkan parti itu.

“Jangan percaya spekulasi di luar sana. Bagi saya tiada sebab saya nak keluar parti. Tetapi saya rasa kepimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada kita semua ahli-ahli UMNO,” katanya kepada Bernama hari ini.

Hishammuddin mengulas laporan media kononnya beliau akan meninggalkan UMNO selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya semalam.

Mengulas lanjut, bekas Naib Presiden UMNO itu menjelaskan pertemuannya dengan  Mahathir hanya ingin mendengar apa yang dirancang perdana menteri untuk masa depan bangsa dan negara.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam lepas, dua Anggota Parlimen daripada UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) telah mengumumkan meninggal parti tersebut.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast