KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memperkenalkan pelan unifi 100Mbps yang baharu pada harga RM129 sebulan dan terbaru, unifi Basic pada harga RM79 sebulan.
Pelan unifi 100Mbps itu menawarkan akses kepada pakej unifi PlayTV untuk hiburan di mana dan pada bila-bila masa serta 600 minit panggilan suara secara percuma.
Naib Presiden Eksekutif unifi, Imri Mokhtar berkata, dengan harga RM129 sebulan, pelan unifi 100Mbps itu adalah 60 peratus lebih murah daripada pelan 100Mbps terdahulu.
Manakala unific Basic pula ditawarkan dengan kuota 60GB.
Dengan pelan baharu unifi 100Mbps dan unifi Basic untuk semua, unifi kini mampu
memenuhi keperluan dan kemampuan lebih ramai pelanggan kediaman di Malaysia.
“Sebagai contoh, pelan unifi Basic amat sesuai buat isi rumah yang kecil yang memerlukan
hanya 60GB sebulan untuk gaya hidup mereka pada masa kini dan apabila bertambahnya
jumlah isi rumah, mereka mampu bertukar ke pakej baharu unifi 100Mbps yang menepati pelbagai keperluan gaya hidup digital, termasuk akses kepada kandungan di unifi PlayTV dan panggilan suara dengan percuma,” katanya.
Tambah beliau, sebagai penggerak utama dalam merealisasikan potensi digital Malaysia
sebagai sebuah negara yang terhubung sepenuhnya, TM bersungguh-sungguh mahu memastikan
setiap kediaman di Malaysia mampu untuk menikmati faedah yang dibawakan oleh teknologi digital.
Sehingga kini, lebih dari 1.2 juta pelanggan di seluruh negara telah menikmati jalur lebar
unifi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengetahui penawaran unifi yang terkini, layari unifi.com.my. – MalaysiaGazette