KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini untuk berdepan dengan pendakwaan terbaharu.
Beliau tiba kira-kira pukul 1.48 petang dengan dikawal rapi oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
Ketibaannya diserbu pengamal media yang telah menunggu sejak pukul 1 tengahari tadi.
Beliau dijangka menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi dan satu kes berkaitan skandal 1MDB.
Ketika ini barisan peguambela Najib yang diketuai Tan Sri Shafiee Abdullah turut telah berada di situ.
Antara yang memberikan sokongan kepada Najib, Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam dan pelakon Elly Suriati. – MalaysiaGazette
Najib hadapi 25 pertuduhan di bawah AMLA dan Akta SPRM