Sukhoi
Pesawat Sukhoi Su-35

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengenakan sekatan ke atas tentera China selepas negara itu membeli pesawat pejuang dan sistem peluru berpandu dari Rusia.

Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, ia akan segera mengenakan sekatan ke atas Jabatan Pembangunan Peralatan China (EDD), cawangan tentera China yang bertanggungjawab untuk senjata dan peralatan dan pengarahnya, Li Shangfu kerana terlibat dalam “transaksi penting” dengan Rosoboronexport,.

Rosoboronexport adalah pengeksport senjata utama Rusia.

Sekatan tersebut berkaitan dengan pembelian pesawat tempur 10 SU-35 kepada China pada 2017 dan peralatan berkaitan sistem peluru berpandu permukaan udara S-400 pada tahun 2018, kata Jabatan Negara.

Mereka menyekat agensi China, dan Li, daripada memohon lesen eksport dan menyertai sistem kewangan Amerika Syarikat.

Ia juga menambah mereka dalam senarai Jabatan Perbendaharaan yang ditetapkan khusus dengan orang Amerika Syarikat yang dilarang menjalankan perniagaan.

Pentadbiran juga menyenaraihitamkan 33 orang dan entiti tambahan yang berkaitan dengan tentera dan perisikan Rusia, sambil menambah nama mereka ke dalam senarai di bawah undang-undang yang dikenali sebagai Penentangan Amerika Melawan Sekatan, atau CAATSA.

CAATSA juga cuba untuk menghukum Rusia kerana pencerobohannya di Ukraine dan penglibatan dalam perang saudara Syria.

Di bawah undang-undang berkenaan, mana-mana pihak yang melakukan perniagaan dengan nama-nama dalam senarai itu boleh dikenakan sekatan seperti yang dilakukan ke atas China.

Beberapa daripada mereka yang dimasukkan ke dalam senarai itu, yang kini mengandungi 72 nama, didakwa ada kaitan dengan campur tangan Rusia dalam pilihan raya Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast