foto Reuters

KUALA LUMPUR: British American Tobacco (BAT) telah mengembalikan semula harga rokoknya kepada pra Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Berikutan itu, harga premium rokok keluaran BAT dijual sebanyak RM17 berbanding RM17.50 manakala Pall Mall dan Rothmans, masing-masing akan diturunkan kepada kepada RM15.50 dan RM12 berbanding RM16 dan RM12.50.

Japan Tobacco International (JTI) telah mengurangkan harga LD kepada RM11.80, penurunan sebanyak 20 sen tetapi harga rokok premium, Mevius dan Rothmans masing-masing kekal kepada RM17.50 dan RM16 sekotak.

Sebelum ini, BAT dan JTI telah menaikkan harga rokok sebanyak 50 sen sekotak dan Phillip Morris International (PMI) sebanyak 20 sen sekotak, menurut UOB Kay Hian Research.

Katanya, perang harga rokok yang berlaku sekarang sama seperti kenaikan harga oleh BAT dan JTI sebanyak 50 sen semasa pelaksanaan GST pada tahun 2015.

Tetapi kenaikan itu tidak dilakukan oleh PMI.

“Pada akhirnya, kesemua pemain industri ini mengembalikan harga pra-GST,” kata firma penyelidikan tu sambil percaya JTI dan PMI akan mengekori trend itu bagi mempertahankan pasaran mereka,” kata firma penyelidikan itu.

Ia meramalkan jualan BAT lebaih baik susulan syarikat itu mengembalikan harga pra-SST.

Meskipun begitu, BAT perlu menyerap SST yang dianggarkan 20 sen bagi setiap kotak, yang mana ia memberi kesan kepada perolehan sebanyak RM40 juta setahun. – MalaysiaGazette