Prof Wang Ke

BEIJING – Seorang Profesor di Nanjing menerima pujian di laman-laman sosial selepas menunaikan janjinya kepada para pelajarnya untuk tiba tepat di universiti walaupun terpaksa menaiki teksi sejauh 737 kilometer dan meredah taufan Mangkhut.

Wang Ke berada di Guangzhou, di wilayah Guangdong kerana melawat kawasan semasa taufan melanda kawasan itu.

Beliau merancang untuk balik ke Nanjing dengan kapal terbang pada Ahad pagi tetapi lapangan terbang, keretapi laju dan bas tidak beroperasi disebabkan cuaca tersebut.

“Saya tidak menjangkakan taufan sekuat ini. Saya fikir boleh bertolak dari Guanzhou pada pagi sebelum taufan melanda pada waktu petang,” katanya.

Wang mahu mengambil teksi ke lapangan terbang berhampiran di Changsha, tetapi hanya sebahagian sahaja yang mahu kerana hujan lebat dan angin kencang.

Pada pertengahan jalan ke Lapangan Terbang Changsha, beliau mendapati kebanyakan lebuh raya dengan had kelajuan 120 kilometer sejam telah ditutup dan terpaksa menggunakan jalan raya biasa.

“Ia adalah satu pengalaman. Lampu isyarat tumbang ditiup angin kencang dan banyak pokok tumbang.

“Sampai satu ketika, saya rasa seperti naik kereta lumba. Terasa menaiki boat di lautan,” uajrnya.

Selepas dalam kereta yang dipandu 20 kilometer sejam dalam tempoh 13 jam, akhirnya Wang tiba di Lapangan Terbang Changsha pada pukul 12.20 pagi.

Wang membayar sebanyak 4,600 yuan kepada dua pemandu dan berterima kasih kepada mereka.

Profesor itu menaiki pesawat ke Nanjing – sekaligus mengambil masa 23 jam bagi melengkapkan perjalanannya untuk tiba ke universiti.

“Ia bukan kerana saya mempunyai standard moral yang tinggi, saya hanya ingat kepada jadual pelajar. Ia (jadual) tidak sepatutnya berubah disebabkan saya,” kata Wang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast