Wa Lone (kiri) dan Kyaw Soe Oo. foto Agensi

WASHINGTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres mengegsa Kerajaan Myanmar mengampuni dan membebaskan dua wartawan Reuters yang dipenjara secepat mungkin.

“Keputusan memenjarakan wartawan Reuters atas apa tindakan yang dilakukan tidak boleh diterima.

“Dalam kepercayaan saya, ini tidak sepatutnya berlaku dan saya berharap Kerajaan Myanmar akan memberi ampun dan membebaskan mereka secepat mungkin,” kata Guterres kepada wartawan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai respons kepada soalan mengenai kenyataan Aung San Suu Kyi baru-baru ini.

Dua wartawan Reuters, reporters Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, didapati bersalah di bawah Akta Rahsia era-kolonial pada 3 September lalu.

Kedua-duanya telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan berkata, mereka telah diserahkan kertas kerja oleh polis sebelum mereka ditahan pada Disember lalu.

Malah, seorang saksi polis yang memberi keterangan di mahkamah mengakui bahawa penahanan dua wartwan Reuters itu telah dirancang.

Wa dan Kyaw telah menyiasat pembunuhan 10 lelaki dan anak lelaki Rohingya Muslim oleh pasukan keselamatan dan penganut Buddha tempatan di tengah-tengah tindak balas ketenteraan terhadap serangan pemberontak pada Ogos lalu.

Suu Kyi pada forum di Hanoi minggu lepas berkata, kes itu tidak ada hubungannya dengan kebebasan bersuara.

Beliau berkata, pemberita itu telah dihukum kerana mengendalikan rahsia rasmi dan “tidak dipenjarakan kerana tugas mereka sebagai wartawan”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast