Cendawan pine. foto Agensi

SEOUL – Kim Jong-un menghadiahkan dua tan cendawan pine bernilai 1.5 bilion won untuk dihantar sebagai hadiah kepada Korea Selatan.

Meskipun tidak diketahui di mana cendawan itu ditanam, namun ia dipercayai gred paling baik dari pergunungan Chilbosan di wilayah utara Hamgyong.

Menurut Persekutuan Koperasi Perhutanan Kebangsaan Korea Selatan, nilai cendawan pine gred paling baik adalah 769,100 won bagi setiap kilogram.

Jurucakap Presiden Moon Jae-in berkata, dua tan cendawan itu dihantar pada hari Khamis, akan diberikan kepada 4,000 warga Korea Selatan yang telah berpisah dengan keluarga mereka di Korea Utara sejak Perang Korea.

“Korea Utara telah mengirimkan cendawan pine dengan setulus hati mereka. Cendawan ini dari pergunungan utara.

“Hari yang dinanti-nanti akan pasti tiba apabila anda boleh memeluk insan-insan yang tersayang,” kata-kata Moon yang ditulis di atas kad untuk dihantar kepada keluarga berkenaan selepas lawatan tiga hari ke Pyongyang dan Gunung Paektu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast