Calon Ketua Pemuda MIC, R. Thinalan disanjung oleh para hadir pada hari penamaan calon Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Putera dan Puteri bagi MIC di Menara Manickavasagam, Jalan Rahmat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Proses penamaan calon bagi pertandingan sayap dalam parti MIC, Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri berlangsung dalam keadaan baik, malah dua daripadanya telah menang tanpa sebarang pertandingan.

Kedua-dua penyandang jawatan itu menang berikutan tiada sebarang pencalonan lain dikemukakan jawatan tersebut.

Sayap Ketua Pemuda Kebangsaan yang meletakan calon R. Thinalan telah menang tanpa sebarang pertandingan menggantikan Datuk C. Sivararrjh manakala bagi jawatan Ketua Putera Kebangsaan dimenangi oleh S. Padmarajah menggantikan M. Uvaraj.

Untuk jawatan Ketua Wanita MIC pula yang sebelum ini di sebut-sebut tidak akan ada sebarang pertandingan bakal menyaksikan pertembungan antara bekas Ahli Dewan Negara, Usha Nanthini Jayaram yang juga bekas Ketua Puteri Kebangsaan dan G. Thanlakshmy.

Bekas Ketua Wanita MIC sebelum, Datuk M. Mohana tidak bertanding untuk jawatan pada kali ini.

Manakala sayap Ketua Puteri MIC Kebangsaan pula akan berlaku pertembungan antara Pon Kogilam dan S. Parasakhthi.

MGF22092018_PENAMAAN CALON MIC15
Naib Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany bercakap ketika sesi sidang media selepas selesai penamaan calon Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Putera dan Puteri bagi MIC di Menara Manickavasagam, Jalan Rahmat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 SEPTEMBER 2018

Menurut Timbalan Presiden MIC, Datuk SK Devamany sebentar tadi, seramai 25,000 perwakilan seluruh negara yang layak akan mengundi pada pemilihan yang akan mula berlangsung dari 29 September sehingga 20 Oktober nanti.

Kata beliau, pemilihan kali ini juga akan menyaksikan 4200 cawangan daripada 146 bahagian.

“Dalam perlembagaan sudah termaktub pemilihan parti perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sekali, mereka yang menang kali ini akan menerajui parti untuk jawatan masing-masing sehingga tahun 2021.

“Kita ucapkan yang terbaik buat semua yang bakal bertanding dan bersainglah secara sihat,” katanya kepada pemberita sebentar tadi. – Malaysia Gazette