Rakaman kedudukan pesawat sebelum terhempas. foto ATSB

SYDNEY – Kesilapan juruterbang didapati menjadi punca sebuah pesawat kecil terhempas dan menyebabkan lima orang di Melbourne terkorban pada tahun lalu.

Kejadian itu berlaku semasa empat penumpang itu dalam penerbangan ke Pulau King, Tasmania untuk bermain golf.

Pesawat itu terhempas sebaik sahaja berada 10 saat di udara dan merempuh pusat beli-belah Direct Factory Outlets (DFO).

Tragedi itu adalah nahas terburuk dalam tempoh 30 tahun.

Pesawat berkenaan telah merempuh pusat beli-belah sejurus selepas berlepas, mengorbankan juruterbang, Max Quartermain dan empat penumpang warga Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa penerbangan berkata, alat kemudi pesawat itu berada pada kedudukan yang salah, didapati punca kepada kemalangan itu.

Masalah itu sepatutnya dikesan semasa pemeriksaan pra-penerbangan.

Menurut Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, juruterbang mempunyai beberapa peluang untuk mengesan kedudukan alat kemudi pesawat. – MalaysiaGazette