Donald Trump dan Kim Jong-Un berjabat tangan sebaik sahaja tiba di lokasi sidang kemuncak di Singapura bagi mengakhiri program nuklear di semenanjung Korea.
Donald Trump (kanan) dan Kim Jong-Un berjabat tangan sebaik sahaja tiba di lokasi sidang kemuncak di Singapura bagi mengakhiri program nuklear di semenanjung Korea di Singapura, Jun tahun lalu. foto Agensi

NEW YORK – Presiden Donald Trump menjangkakan pertemuan kedua dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dalam masa terdekat ini.

“Banyak progres’ sedang dilakukan. Hubungan sangat baik dan ada ketika…luar biasa,” katanya.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, beliau akan menguruskan pertemuan itu dengan segera.

Katanya, setakat ini belum ada keputusan di mana pertemuan itu akan berlangsung.

Sebelum ini, Presiden Korea Selatan Moon Jae-in telah melakukan lawatan tiga hari di Pyongyang.

Sebelum Moon pulang, Jong-un telah memaklumkan mahu menyelesaikan penamatan program nuklear dengan cepat dan fokus kepada pembangunan ekonomi Korea Utara.

Trump dan Jong-un telah mengadakan pertemuan pertama di Singapura pada Jun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast