DELHI – Seorang penumpang dikeluarkan daripada pesawat selepas
cuba memasuki kokpit untuk mengecas telefonnya.

Lelaki itu yang berada di bawah pengaruh alkohol cuba memasuki kokpit ketika pesawat bersedia untuk berlepas dari Mumbai ke Kolkota, lapor media India.

“Ketika pesawat IndiGo berada di darat, seorang penumpang cuba memasuki
kokpit dengan menyatakan telefon bimbitnya perlu dicas,” kata syarikat
penerbangan itu dalam kenyataan.

Lelaki itu terpaksa dikeluarkan daripada pesawat dan diserahkan kepada
polis ‘kerana melanggar peratruran keselamatan’.

Polis telah menyoal lelaki tersebut dan membebaskan beliau.

Ia merupakan insiden kedua dalam seminggu. Pada Isnin lalu, seorang
penumpang yang berada dalam pesawat dari Delhi ke ibu negeri Bihar, Patna
cuba membuka pintu belakang ketika pesawat berada di udara.

Seorang penumpang yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada krew penerbangan dan mereka berjaya menghalang lelaki itu daripada berbuat demikian.

Lelaki itu diserahkan kepada polis Patna. – Agensi