Gunung Soputan

JAKARTA – Pesawat-pesawat diminta tidak melalui kawasan Gunung berapi Soputan yang sedang meletus.

Gunung berkenaan telah memuntahkan abu lebih daripada 19,700 kaki ke udara sejak pagi semalam.

Kawasan pergunungan itu terletak kira-kira 600 kilometer dari Palu – lokasi gempa bumi dan tsunami yang melanda pada Jumaat lalu.

Lava daripada letusan itu boleh dilihat pada kemuncak gunung berkenaan.

Letusan gunung itu lebih awal daripada jangkaan, kemungkinan disebabkan gempa bumi dengan 7.5 magnitud pada Jumaat lalu meskipun Agensi Bencana Alam telah mendapati aktiviti gunung berapi itu meningkat sejak bulan Julai lalu dan semakin ketara pada Isnin lalu.

Status letusan Soputan diletak daripada amaran kepada bersiap sedia sejauh 2.5 batu dari puncak dan sehingga 6.5 kilometer ke barat-barat daya.

Ketua Agensi Bencana Alam, Sutopo Purwo Nugroho berkata, tiada kawasan kediaman berada dalam radius 4 kilometer. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast