Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi mendengar pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti HAram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas 17 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Isteri bekas Perdana Menteri berusia 67 tahun itu membuat pengakuan tersebut dihadapan Hakim, Azura Alwi selepas kesemua pertuduhan selesai dibacakan terhadapnya.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Rosmah hadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga denda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosmah diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent sementara pendakwaan diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast