Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, Sungai Petani dekat sini, hari ini.
Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, Sungai Petani dekat sini, hari ini.

ALOR SETAR – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, Sungai Petani dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata mangsa maut ialah pemandu dan penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira berusia 30 hingga 40-an, yang masih belum dikenal pasti identiti.

Beliau berkata kejadian berlaku pada 1.45 petang tadi apabila treler dipandu seorang lelaki berusia 30-an dari arah Sungai Lalang menghala ke Bukit Selambau, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

“Akibat rempuhan secara hadapan itu menyebabkan kereta tersebut terperosok di bawah lori dan diseret sehingga tepi jalan sebuah ladang getah berhampiran dan pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa maut serta merta manakala pemandu treler mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian berlaku di kawasan selekoh dan cuaca cerah.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast