undi awal
Dari kiri: Lans koperalFatin Nur Filzah Abd Wahab ,Lans Koperal Banu Suria Ganesan dan Koperal Khairunnisa Ishak menunjukkan jari berdakwat selepas mengundi awal di hanger Pusada Port Dickson pagi ini.

PORT DICKSON – Seramai 5,631 orang anggota tentera dan pasangan mereka mengundi awal untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini.

Daripada jumlah itu seramai 1,734 pengundi merupakan pasangan anggota tentera.

Di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusada) seramai 4,231 anggota tentera dan pasanga mereka mengundi awal.

Bagi kem Segenting pula 1,400 anggota tentera terlibat undi awal dengan 766 orang tentera dan 397 orang daripadanya adalah pasangan mereka yang merupakan pengundi dalam lokaliti.

Seramai 150 orang tentera dan 87 pasangan mereka adalah pengundi luar kawasan.

Sebanyak 54 undi pos melibatkan anggota tentera untuk PRK Port Dickson.

Sebanyak lapan saluran mengundi dibuka dibuka di Pusada dan empat saluran di Kem Segenting.

Wakil Pegawai Perhubungan Awam Pusada, Kapten Mohd Ariff dalam taklimat ringkas meminta kerjasama pengamal media jurukamera dan wartawan agar tidak menemubual anggota tentera.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast