Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pencerobohan dua lot tanah kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi panggilan telefon, e-mel atau sebarang medium media sosial untuk mendapatkan butiran peribadi dan sulit bagi tujuan menjalankan siasatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata sejak kebelakangan ini suruhanjaya itu menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan panggilan dan permohonan palsu tersebut.

“Orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my,” demikian menurut kenyataan itu.

SPRM juga berharap orang ramai lebih peka serta berkongsi maklumat ini dengan masyarakat sekeliling.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast